suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demo 1 Mei: Polis Tidak Guna Akta Pencegahan Jenayah

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan menggunakan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) terhadap penganjur dan peserta yang terlibat dalam perhimpunan 1 Mei ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, undang-undang sedia ada termasuk Akta Perhimpunan Aman (PPA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma ) adalah mencukupi bagi menangani demonstrasi berkenaan.

"Kementerian yakin pihak polis akan dapat memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa perhimpunan tersebut, " katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian berhubung cadangan satu gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik untuk mengadakan perhimpunan itu sempena Hari Pekerja yang dirancang untuk bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka.

Perhimpunan itu juga bertujuan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bantah GST, PCA, PPA, Sosma

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain