suria

Bumbung Hempap Tiga Kereta

Keadaan kereta yang dihempap bumbung yang diterbangkan angin kencang daripada kawasan perumahan berdekatan. -foto FAIHAN GHANI/ The Star
PETALING JAYA: Seorang pejalan kaki terkejut apabila menyaksikan bumbung dari kawasan rumah berdekatan terbang dan menghempap tiga kenderaaan di pusat pameran kereta di Jalan Seksyen 13/2 di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.59 petang Isnin itu, dua buah kereta Renault dan sebuah Perodua Myvi rosak apabila dihempap bumbung rumah yang diterbangkan angin kencang.

Menurut saksi yang enggan namanya disiarkan, pada ketika kejadian berlaku, dia sedang berlindung daripada hujan lebat di kedai berhampiran sebelum terdengar bunyi hentakan yang kuat.

"Saya melihat sesuatu 'terbang' tetapi saya tidak tahu apakah benda itu kerana hujan betul-betul lebat.

"Kemudian saya terdengar bunyi hentakan yang kuat seakan letupan, pada mulanya saya ingatkan berlakunya kemalangan jalan raya," katanya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata satu pasukan tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas laporan diterima.

"Tidak ada mangsa terlibat dan tempat kejadian telah dibersihkan," katanya.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, tiga kereta musnah apabila sebatang pokok tumbang dan menghempap kenderaan di Medan Athinahappan 1, Taman Tun Dr Ismail.

Pegawai Bomba Kuala Lumpur berkata tiada mangsa yang cedera dalam kejadian kira-kira pukul 5.00 petang itu.

"Dua Proton Perdana dan sebuah Toyota Camry rosak teruk," katanya.
Bomba, Hujan Lebat

Artikel Lain