suria

Catuan Air Diteruskan - Syabas

KUALA LUMPUR: Pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan sehingga diputuskan semula oleh kerajaan negeri Selangor.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata sehingga kini, pelan catuan itu berjalan lancar.

Beliau berkata penyaluran bekalan air terputus di beberapa kawasan catuan di Putra Prima, Sepang semalam adalah disebabkan peralatan dicuri pihak tidak bertanggunjawab.

"Peralatan yang dicuri telah diganti semula oleh Syabas dan bekalan air kembali disalurkan ke kawasan pengguna yang terlibat, dan mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Priscilla berkata bantuan bekalan tidak akan diberi kepada pengguna komersial serta industri namun mereka boleh memohon membeli air daripada SYABAS dengan menyediakan pengangkutan sendiri, mengikut terma dan kelulusan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.syabas.com.my berkaitan kawasan yang terlibat serta jadual pelan catuan.
Syabas, SPAN, Air Selangor

Artikel Lain