Ibu Bapa Bukan Islam Boleh Dapat Hak Jagaan - Semasa | mStar

Ibu Bapa Bukan Islam Boleh Dapat Hak Jagaan

Datuk Mohd Noor Abdullah
KUALA LUMPUR: Mahkamah sivil boleh berlaku adil dalam memutuskan pertikaian membabitkan hak penjagaan anak antara ibu bapa yang beragama Islam dan bukan Islam dengan meletak beberapa syarat, jika membuat keputusan yang memihak kepada pihak bukan Islam, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

Beliau berkata syarat itu termasuk tidak membiarkan kanak-kanak beragama Islam makan makanan yang tidak halal, atau cuba menukar agama mereka.

"Saya percaya kedua-dua ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam boleh berkongsi hak penjagaan anak yang beragama Islam," katanya dalam sidang akhbar di Wisma Bernama pada Selasa.

Mohd Noor berkata seorang ibu bapa bukan Islam yang mendapati bekas suami atau isteri memeluk agama Islam dan bertindak menukar agama anak mereka tanpa pengetahuan beliau, hendaklah membawa perkara itu atau mencabarnya di mahkamah sivil.

"Sebagai contoh, apabila seorang bapa memeluk agama Islam dan membawa (menukar) anaknya ke dalam agama itu, si isteri tidak boleh ke mahkamah syariah untuk menuntut keadilan sebaliknya beliau perlu mengemukakan permohonan di mahkamah sivil.

"Mahkamah sivil pula perlu memanggil kedua-dua ibu bapa bukan Islam dan beragama Islam serta mendengar hujah mereka sebelum membuat keputusan tanpa mengganggu sebarang perintah yang dibuat mahkamah syariah," katanya.

Mohd Noor juga berkata dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, Islam perlu menunjukkan teladan yang baik.

Beliau berkata tidak salah memberi hak penjagaan anak kepada seorang bapa beragama Islam namun mahkamah perlu mendengar isi hati ibu yang bukan Islam.

Katanya, sehubungan itu, mahkamah syariah perlu diantarabangsakan bagi membolehkan ia mendengar rungutan ibu bapa bukan Islam.

Bagaimanapun, Mohd Noor berkata langkah itu akan menyaksikan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Sebelum

Terowong Air Akan Berfungsi

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?