suria

Aktiviti Bom Ikan Punca Kepupusan Dugong

Dugong yang dipercayai mati akibat aktiviti bom ikan di Pulau Mantanani.

KOTA KINABALU: Penemuan bangkai seekor dugong baru-baru ini menimbulkan kebimbangan bagi pencinta hidupan laut mengenai kepupusan mamalia tersebut di sekitar perairan Kota Belud dan perarian Mantanani.

Bangkai dugong sepanjang 1.5 meter itu ditemui oleh pengunjung resort Pulau Mantanani pada pukul 3 ptang Jumaat lalu.

Pemilik Bembaran Beach Resort, Zamzani Pandikar Amin berkata,  dugong merupakan sebahagian daripada 15 spesis mamalia laut yang sering dilihat mencari rumpai laut berdekatan pulau berkenaan.

"Peluang untuk melihat mamalia ini agak sukar berbanding 10 tahun lalu di Mantanani, kematian walau seekor dugong merupakan satu kehilangan besar untuk generasi akan datang.

"Bagi warga di sini kami sebelum ini berasa bertuah kerana Mantanani menjadi padang ragut terbesar untuk dugong mencari makan kerana ia turut menarik pelancong ke sini," katanya.

Jelasnya, Mantanani juga merupakan tempat perlindungan haiwan-haiwan laut istimewa di dunia.

Zamzani selain itu tidak menolak kemungkinan aktiviti mengebom ikan merupakan salah satu punca kematian hidupan laut istimewa.

"Berdasarkan kecederaan pada bangkai dugong berkenaan kami percaya mamalia itu juga menjadi mangsa kepada aktiviti pengeboman ikan," ujarnya.



Mantanani, Kota Belud, Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain