suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Mayat Dikeluarkan Dari Sebuah Tasik Di Batu Caves

Anggota bomba menarik keluar mayat salah seorang lelaki dari tasik tersebut.
PETALING JAYA: Mayat tiga orang lelaki dipercayai penagih dadah, dikeluarkan dari sebuah tasik berhampiran Bulatan Batu Caves, petang Ahad.

Polis sedang menyiasat sama ada lelaki tersebut adalah mereka yang berjaya melarikan diri dari serbuan dadah di kawasan tersebut malam Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihak berkuasa dimaklumkan oleh orang ramai mengenai mayat terapung dekat tasik berdekatan kuit Sri Siva Muneeswarar kira-kira pukul 5.30 petang.

Dua mayat dikeluarkan kira-kira pukul 6.15 petang manakala mayat ketiga ditemui pada pukul 8 malam.

Kesemua mayat tersebut dihantar ke Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan rakyat tempatan dan berusia dalam lingkungan 30-an.

Ketika ditemui kesemua mangsa berpakaian lengkap dan tiada sebarang tanda-tanda kecederaan di anggota badan.

Artikel Lain