suria

Abdul Razak Dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga

Abdul Razak Abdul Majid.
PUTRAJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif MyPOWER Corporation, Datuk Abdul Razak Abdul Majid dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang baharu, berkuatkuasa 1 April, 2014.

Pelantikannya dibuat oleh Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Abdul Razak menggantikan Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali, yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 31 Mac lepas.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Maximus berkata beliau yakin melalui pelantikannya, Abdul Razak akan membawa pembaharuan dalam sektor tenaga ke peringkat lebih tinggi berdasarkan pengalaman luas dan juga peranan beliau dalam industri dan transformasi sektor tenaga.

"Saya percaya pendekatan praktikal beliau akan memberi nilai tambah kepada peranan dan fungsi Suruhanjaya Tenaga untuk membawa transformasi selanjutnya kepada sektor tenaga di Malaysia," katanya.

Semasa berkhidmat di MyPOWER, Abdul Razak telah berjaya membawa beberapa reformasi bagi sektor tenaga dalam bidang tadbir urus, tarif dan struktur pasaran.

Pada masa ini, beliau juga adalah Presiden Majlis Tenaga Malaysia (ECOM), persatuan yang ditubuhkan pada 2008 untuk menggalakkan perkongsian amalan terbaik di kalanan pemain industri tenaga. 

Artikel Lain