suria

Sembahyang Khas Untuk MH370 Anjuran MCA Disiar Secara Langsung Ahad Ini

Dewan San Choon di Wisma MCA bakal menyaksikan upacara sembahyang khas beramai-ramai untuk penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang serta keluarga mereka anjuran MCA, akan disiarkan secara langsung Ahad ini.

KUALA LUMPUR: Upacara sembahyang khas beramai-ramai untuk penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang serta keluarga mereka anjuran MCA, akan disiarkan secara langsung Ahad ini.

Dalam kenyataan pada, MCA berkata, siaran langsung secara dalam talian itu akan bermula serentak pada 10 pagi melalui http://www.ustream.tv/channel/mca-tv1.

Katanya, streaming secara langsung itu dibuat bagi membolehkan semua anggota MCA dan orang ramai menyertai aktiviti parti tersebut.

Upacara selama dua jam itu akan diterajui beberapa pertubuhan agama Buddha, termasuk Buddhist Maha Vihara, Buddhist Missionary Society dan Fo Guang Shan Malaysia di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini.

Sebelum ini, MCA pernah menyiarkan secara langsung perhimpunan agung tahunannya dan majlis sambutan ulang tahun parti itu.

MCA, Malaysia Airlines, MH370

Artikel Lain