suria

Remaja Mangsa Serangan Balas Dendam Kritikal

Lokasi kejadian di mana remaja diserang sekumpulan lelaki dikawal oleh anggota polis.

SUNGAI PETANI: Sekurang-kurangnya sembilan orang menyerang sekumpulan remaja, dengan bersenjatakan pisau dan parang sebagai serangan balas dendam di Bakar Sampah pada Jumaat.

Menurut saksi, sekumpulan penyerang itu yang menaiki enam motosikal tiba di sebuah kedai kopi pada kira-kira pukul 3 petang dan didakwa menuju ke arah lima remaja yang sedang duduk bersama-sama di sebuah meja.

Saksi, Ong Kah Soon berkata, salah seorang remaja berkenaan cuba untuk melarikan diri tetapi terjatuh di tengah jalan dan kemudiannya dipukul oleh kumpulan penyerang itu.

Pemuda yang tidak dikenali itu, dalam lingkungan 20an, dikelar di bahagian lengan dan kaki. Empat yang lain mengalami kecederaan kecil.

Ong berkata, penyerang itu mengejar kumpulan remaja lain yang melintas jalan dan memasuki ke sebuah kedai kopi lain.

Seorang lagi saksi yang enggan dikenali berkata, dia berada di salah sebuah kedai kopi terbabit sedang menikmati makan tengah hari ketika serangan berlaku.

"Insiden itu berlaku hanya beberapa minit," kata wanita itu, yang merupakan seorang penjaja di salah satu kedai kopi itu.

"Apabila penyerang cuba untuk beredar dengan menaiki motosikal, sebuah kereta melalui kawasan itu melanggar salah seorang daripada mereka. Dia bangun semula tetapi membonceng motosikal rakannya, dan meninggalkan kenderaan dan senjatanya.

Polis berkata, insiden berkenaan mungkin berpunca daripada kemalangan antara salah seorang remaja dengan kumpulan penyerang terbabit sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalil Ariffin berkata, salah seorang remaja itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim dan kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, kes itu disiasat atas dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Menurut Khalil, polis tidak menolak kemungkinan serangan kumpulan samseng.

Artikel Lain