suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Timbalan Menteri Shariff Omar Sertai PKR

Mohd Shariff Omar.

KAJANG: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak hampir setahun selepas beliau dipecat dari Umno. 

"Saya datang dari Pulau Pinang untuk menyuarakan sokongan saya kepada Pakatan Rakyat. Saya merasakan ini adalah satu panggilan," katanya kepada hadirin pada ceramah di Stadium Kajang di sini, Jumaat.

Selain Mohd Shariff, lima pemimpin bahagian Umno turut menyertai parti itu. 

Mohd Shariff, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal. 

Beliau secara automatik dipecat dari Umno  selepas menghantar borang penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai calon bebas pada April tahun lepas. 

Turut hadir pada majlis ceramah itu ialah calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Hatta Ramli.

mohd shariff omar, pkr, prk kajang

Artikel Berikut

Artikel Lain