suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Kawasan Catat Bacaan IPU Tidak Sihat Setakat 8 Pagi Ini

Jerebu menyelubungi ruang udara bandar Klang kira-kira pukul 9 pagi Khamis. - foto KK SHAM/The Star
KUALA LUMPUR: Dua belas kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi Khamis.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan ialah Kuala Selangor dengan bacaan 155, Nilai (143), Pelabuhan Kelang (137), Banting (134), Putrajaya (124), Bukit Rambai (117), Batu Muda dan Seremban masing-masing dengan bacaan 112.

Kawasan lain ialah Petaling Jaya (107), Shah Alam (103), Sri Aman (101) dan Tanjung Malim (100).

Tiga lokasi lain menghampiri bacaan IPU tidak sihat iaitu Cheras (99), Port Dickson (98) dan Bandaraya Melaka (95).

Bacaan IPU baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.

Jerebu, IPU

Artikel Lain