suria

Vietnam Berusaha Cari Lokasi Didakwa Satelit China

Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu.
Phu Quoc: Vietnam telah berusaha mencari kawasan yang didakwa mempunyai kesan pesawat terhempas yang juga dikatakan terdapat serpihan daripada penerbangan MH370.

Bukan setakat itu, pihak berkuasa negara berkenaan turut menghantar pasukan kedua untuk melakukan pemeriksaan balas berikutan berita yang dilaporkan China.

"Kami sangat berjaga-jaga dan telah menghantar kapal terbang untuk membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan sejak tiga hari lalu," kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu.

Tambahnya, "Hari ini pesawat (tentera) akan meneruskan usaha pencarian di kawasan berkenaan."

Seorang lagi pegawai tentera berkata, Vietnam sedang menunggu gambar yang diambil oleh satelit Cina pada hari Ahad di perairan timur laut Kuala Lumpur dan selatan Vietnam untuk mengenalpasti lokasi tepat untuk pemeriksaan lanjut.

MAS, MH370, Vietnam, China

Artikel Lain