Pecah Amanah, Gubah Wang Haram: Bekas Peguam Dipenjara & Didenda - Semasa | mStar

Pecah Amanah, Gubah Wang Haram: Bekas Peguam Dipenjara & Didenda

KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguam dihukum penjara lapan tahun dan denda RM3.9 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi kesalahan pecah amanah serta melakukan aktiviti pengubahan wang haram lima tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan R.Arunachalam, 69, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara dan denda berkenaan dengan syarat jumlah wang jaminan tertuduh dinaikkan kepada RM180,000.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Arunachalem sebagai seorang pemegang amanah didakwa melakukan kesalahan itu terhadap harta yang diamanahkan berjumlah RM2.14 juta di Tingkat 3, Wisma Yakin, Jalan Masjid India di sini antara 15 Oktober dan 31 Disember 2009.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan ini.

Arunachalem turut berdepan pertuduhan memperoleh wang tunai RM2.14 juta melalui aktiviti haram selepas menyalahgunakan akaun anak guamnya melalui 10 transaksi di cawangan Maybank Berhad serta Affin Bank Berhad di Jalan Bunus Off Jalan Masjid India antara 15 Oktober dan 18 November 2009.

Bagi kesalahan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara penjara tiga tahun dan denda RM3.9 juta.

Terdahulu, ketika merayu hukuman ringan, peguam K.K Lim berkata Arunachelam mempunyai masalah kesihatan iaitu sakit tulang belakang serta penyakit kencing manis dan memerlukan perhatian keluarga.

Beliau turut memaklumkan Majlis Peguam telahpun membatalkan keahlian Arunachelam dan anak guamnya itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal dan Mohd Farez Abd Rahman. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain