Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembebasan Koperal Jenain - Semasa | mStar

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembebasan Koperal Jenain

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, Selasa, mengekalkan keputusan mahkamah tinggi melepaskan dan membebaskan Koperal Jenain Subi daripada tuduhan mengakibatkan kematian pelajar sekolah berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, tiga tahun lepas.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Balia Yusof Wahi sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membebaskan Jenain, 50.

Balia memutuskan tiada merit dalam rayuan pendakwaan.

Beliau berkata mahkamah tinggi tidak terkhilaf dalam keputusannya berhubung isu berkaitan niat Jenain untuk mengakibatkan kematian pelajar lelaki itu.

Mahkamah tinggi, ketika membebaskan Jenain pada 2012, memutuskan bahawa Jenain tidak mempunyai niat untuk mengakibatkan kematian Aminulrasyid, sebaliknya menembak kereta yang dipandu remaja itu dengan niat menghentikan kenderaan berkenaan.

Balia berkata daripada 30 tembakan yang dilepaskan, sebutir peluru menembusi kereta itu manakala bakinya mengenai bahagian bawah kenderaan berkenaan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat merupakan dua lagi hakim yang menganggotai panel itu.

Balia berkata mahkamah tidak bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa mahkamah tinggi dengan sendirinya membuat keputusan bahawa insiden itu adalah satu kemalangan dalam lingkungan maksud Seksyen 80 Kanun Keseksaan.

"Pihak pembelaan menimbulkan isu ini semasa membuat penghujahannya di mahkamah sesyen dan mahkamah tinggi. Tidak boleh dikatakan bahawa mahkamah tinggi telah terkhilaf dalam penghakimannya. Isu Seksyen 80 bukanlah pembelaan Jenain.

"Mahkamah tinggi dalam keputusannya telah menyebutkannya sepintas lalu dan ia bukanlah teras penghakimannya untuk membenarkan rayuan Jenain," kata Balia.

Pada 13 September 2011, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Jenain selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan itu.

Jenain didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April, 2010.

Pada 5 Disember tahun lepas, mahkamah tinggi meminda keputusan itu dan membebaskan Jenain selepas membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara.

Pendakwaan merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Di luar mahkamah, Jenain, yang diiringi keluarganya, berkata beliau berterima kasih kepada peguam dan rakan-rakannya kerana sokongan mereka.

Kata Jenain beliau akan kembali bertugas dalam pasukan polis.

Jenain diwakili peguam peguam M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Duzuki Mokhtar dan Wan Saharuddin Wan Ladin mengendalikan pendakwaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain