suria

Agong Lancar Buku Raja Zarith Sofiah

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kanan) berkenan melihat buku selepas pelancaran buku 'On Common Ground' di Kuala Lumpur pada Selasa malam. Turut hadir penulis buku itu Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah juga isteri Sultan Johor. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan melancarkan buku mewah bertajuk 'On Common Ground' yang merupakan himpunan artikel oleh Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Buku itu memuatkan 80 artikel terpilih tulisan Tuanku Raja Zarith Sofiah yang disiarkan menerusi kolum 'On Common Ground' dan 'Mind Matters', masing-masing di dalam akhbar New Straits Times dan The Star, bagi tempoh 2000 hingga 2012.

Terdahulu dalam titahnya, Raja Zarith Sofiah yang juga isteri Sultan Johor, berterima kasih kepada Seri Paduka berdua kerana berkenan berangkat ke majlis itu.

Menjadi impian setiap penulis untuk melihat karyanya diterbitkan, titahnya sambil menambah baginda berasa diberkati kerana impiannya menjadi kenyataan, sekali gus membolehkan buah fikirannya dikongsi dengan masyarakat.

Dengan keluarga kita berkongsi kenangan bersama-sama, namun sebagai rakyat Malaysia, kita semua berkongsi kebimbangan yang sama baik mengenai isu tempatan mahupun antarabangsa, titahnya.

"Menerusi artikel yang saya tulis, saya berkongsi kebimbangan ini dengan pembaca," titah Raja Zarith Sofiah.

Ini titahnya jauh lebih berharga berbanding bayaran yang diterimanya daripada penerbit setiap bulan.

Titah Raja Zarith Sofiah peluang bertemu dengan kumpulan masyarakat berbeza yang memberitahu mereka gemar membaca artikelnya merupakan satu lagi penghargaan baginya.

Baginda kemudian mempersembahkan buku itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Diterbitkan oleh MPH Group Publishing, buku setebal 234 muka surat itu dijual pada harga RM135 sebuah dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain