suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adnan Nafi Projek 'Spiritual Tourism' Di Gambang

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan terdapat usaha untuk pembangunan projek 'Spiritual Tourism' di kawasan Gambang di sini.

Beliau bagaimanapun, mengakui kerajaan negeri ada meluluskan tanah seluas 100 hektar kepada sebuah syarikat perumahan bagi pembangunan projek bercampur di kawasan berkenaan.

"Saya nak bagi tahu bahawa projek ini (spritual tourism) tidak pernah dibincangkan dan tidak akan dibuat di Pahang.

"Apa yang telah ditimbulkan selama ini, hanyalah merupakan satu langkah penipuan dan saya juga difahamkan terdapat usaha mengutip duit bagi tujuan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Beliau berkata, laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat dan siasatan terperinci akan dijalankan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain