suria

Jerebu Di Utara Semenanjung Beransur Pulih

KUALA LUMPUR: Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan utara Semenanjung terutama di Kedah dan Pulau Pinang sejak semalam bertambah baik pada Khamis dengan kualiti udara berstatus sederhana.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Bakar Arang di Sungai Petai, Kedah yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 104 iaitu tidak sihat, Rabu, beransur pulih pada Khamis dengan mencatat bacaan 65 (sederhana) pada 11 pagi.

Kawasan Seberang Jaya 2, Pulau Pinang juga menunjukkan penurunan kadar IPU iaitu 103 pada petang Rabu kepada 73 (sederhana) pada 11 pagi Khamis.

Negeri lain di seluruh negara rata-rata mencatat IPU sederhana dan baik.

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya). - BERNAMA

Artikel Lain