suria

Amerika Syarikat Mahu Perkukuh Kerjasama Dengan Asean - John Kerry

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) bermint untuk mendalami dan memperluas kerjasama dengan Asean di masa depan.

Sempena ulang tahun ke-46 Asean pada Khamis, Setiausaha Negara AS, John Kerry berkata, negaranya amat komited dalam menyokong dan menjadi rakan Asean yang kukuh.

"Saya menerima keistimewaan untuk menyertai buat pertama kali mesyuarat peringkat menteri Asean-AS bulan lalu di Brunei untuk memajukan kerjasama antara kita di atas pelbagai minat yang dikongsi bersama.

"Dan saya tahu Presiden Barack Obama mahu menyertai Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak Asean-AS di Brunei pada Oktober," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan AS di sini, Rabu.

Kerry berkata, Washington merupakan negara rakan dialog pertama yang menubuhkan kedutaan di Asean yang membawa kepada kerjasama pelbagai bidang dari keselamatan maritim, pelaburan dalam sumber tenaga mapan hingga pembangunan di Lower Mekong.

Beliau berkata, Asean memain peranan penting di Asia menerusi promosi integrasi serantau dan mengekal keselematan serantau.

"Sebagai organisasi serantau pusat di Asia, Asean merupakan kunci kepada arkitektur pelbagai bidang termasuk Forum Serantau Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur," katanya.

Pada Mesyuarat Peringkat Menteri Asean-AS di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam baru-baru ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengukuh kerjasama dalam bidang keselamatan siber, pendidikan, penyeludupan manusia, perhubungan dan sistem ramalan cuaca. - BERNAMA

Artikel Lain