suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Selangor Tubuh Empat Jabatan Mantapkan Jentera

SHAH ALAM: Badan Perhubungan Umno Selangor pada Ahad mengumumkan penubuhan empat jabatan baru dalam usaha untuk memantapkan jentera parti bagi menawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat, kata Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar pada Ahad.

Noh berkata, beliau sendiri akan mengetuai Jabatan Pilihan Raya manakala timbalannya Abdul Shukur Idrus akan mengetuai Jabatan Media Sosial.

Beliau berkata, Jabatan Latihan dan Penyelidikan akan diketuai Ketua Bahagian Umno Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz manakala Jabatan Penerangan diketuai Datuk Amiruddin Setro, Ketua Bahagian Umno Kuala Selangor.

Mesyuarat pada Ahad juga memutuskan pelantikan Johan sebagai Setiausaha Perhubungan Umno Negeri yang baru menggantikan Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan Amiruddin dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Negeri menggantikan Abdul Shukur, katanya.

Datuk Fateh Iskandar FD Mansor dikekalkan sebagai Bendahari Umno Negeri, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Badan Perhubungan Umno negeri, di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain