suria

Dua Kereta Rosak Dalam Kejadian Pokok Tumbang Di Jalan Parlimen

KUALA LUMPUR: Dua buah kereta mengalami kerosakan kecil akibat dihempap dahan pokok tumbang berikutan angin kencang di Jalan Parlimen kira-kira 3 petang ini.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur, pemandu kedua-dua kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap itu berkata, polis berjaya mengalih kenderaan itu yang kemek di bahagian bumbung dan sebuah lagi yang kemek di bahagian depan selain berjaya mengawal lalu-lintas kira-kira 15 minit kemudian.

"Segala urusan pembersihan dahan pokok berkenaan dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Alam Flora Sdn Bhd," katanya ketika dihubungi Bernama. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain