Enam Terbunuh Dalam Kemalangan Di Km113 Jalan Sibu-Bintulu - Semasa | mStar

Enam Terbunuh Dalam Kemalangan Di Km113 Jalan Sibu-Bintulu

MUKAH: Enam orang termasuk bayi lelaki berumur sembilan bulan, terbunuh dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux dan kereta di Km113 Jalan Sibu-Bintulu pada Rabu.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Mohd Serhan Suaib, 35, dari Kampung Simunul, Semporna, isterinya Dayang Norhayati Tusin, 30, anak lelaki mereka Danish Nurhan, sembilan bulan, adik Norhayati, Norafizah Tusin, 23, dan Siti Nur Rasidah Mohd Adi Azri, dua tahun.

Kelima-lima mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa, Napsiah Hassan, 61, penumpang Toyota Hilux yang dipandu suaminya, Ali Kamat, disahkan meninggal dunia di klinik kerajaan di Tepus, Ulu Selangau.

Ali, yang berasal dari Kampung Medong, Dalat, di bahagian Mukah, tidak cedera, bagaimanapun cucu lelakinya berumur empat tahun patah kaki.

Ketua Polis Mukah, DSP Omar Bakhtiar Yaacob berkata, polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh orang awam pada 8.10 pagi.

Beliau berkata, kenderaan pikap itu dalam perjalanan dari Miri ke Kuching manakala kereta pula dalam perjalanan ke Limbang dari Sibu apabila kemalangan itu berlaku.

Katanya, punca kemalangan masih disiasat.

Pada Selasa, tiga orang terbunuh dalam kemalangan di Km114 jalan yang sama. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Imigresen Melaka Tahan 31 GRO Warga Asing

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain