Tiga Penjenayah Rompak Rumah Menteri Di Damansara - Semasa | mStar

Tiga Penjenayah Rompak Rumah Menteri Di Damansara

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini, Sabtu.

Mereka yang menaiki kereta Proton Waja, dipercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Beliau berkata ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah.

"Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci.

"Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila melihat pintu depan terbuka tetapi dia tidak berani menentang mereka," katanya di sini, Ahad.

Ku berkata pembantu rumah itu juga sempat melihat suspek menyelongkar bilik utama sebelum mereka melarikan diri.

Jumlah kerugian masih disiasat, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain