suria

Mayat Lelaki Ditemui Dipercayai Dibunuh

KUANTAN: Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui orang awam di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Pintasan Kuantan dekat Kampung Chendering di sini tengah hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira 1.20 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Mangsa dikenali sebagai Mohd Zainuddin Mohd Yusof, 42, ditemui mati di tepi jalan oleh orang awam yang melalui kawasan di situ," katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, terdapat kesan kecederaan di kepalanya dipercayai dipukul dengan objek keras.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain