ASNB Umum Agihan Pendapatan 6.80 Sen Bagi Amanah Saham Didik - Semasa | mStar

ASNB Umum Agihan Pendapatan 6.80 Sen Bagi Amanah Saham Didik

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional (ASNB), unit milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Jumaat mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.80 sen seunit bagi Amanah Saham Didik (ASD) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2013.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu meningkat 0.20 sen berbanding 6.60 sen seunit yang dibayar pada tahun sebelumnya.

"Agihan pendapatan berkenaan akan melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM307.36 juta, kenaikan sebanyak 11 peratus daripada tahun lepas yang berjumlah RM276.92 juta," kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Agihan itu akan memberi manfaat 340,947 pemegang unit yang secara kolektif memiliki 4.5 bilion unit ASD.

ASD merupakan dana pertumbuhan ekuiti berharga tetap bagi menyediakan peluang pelaburan yang boleh menjana pertumbuhan jangka panjang dan pulangan kompetitif kepada pemegang unit.

Sehingga 12 Jun, dana pendapatan kasar ASD pada RM400.61 juta dengan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM223.51 juta (55.79 peratus) kepada jumlah pendapatan.

Pendapatan dividen daripada syarikat penerima pelaburan menyumbang RM123.84 juta (30.91 peratus) dan baki RM53.26 juta (13.30 peratus) daripada instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.

Ahmad Sarji berkata melalui strategi pelaburan berhemat, unit amanah ASD menjana pulangan yang memuaskan walaupun dalam persekitaran pelaburan yang mencabar.

"Kadar agihan pendapatan berpatutan terutamanya pada masa kini yang mencabar," katanya.

Pengiraan agihan pendapatan berdasarkan kepada purata baki minimum bulanan yang dipegang sepanjang tahun kewangan ASD dan akan secara automatik dilaburkan semula dalam bentuk unit dan dikredit ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Julai.

Semua transaksi ASD, di pejabat dan ejen ASNB, akan digantung mulai 25 Jun hingga 30 Jun untuk memudahkan pengiraan agihan pendapatan itu dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun mereka pada 1 Julai.

Penyata agihan pendapatan dan laporan tahunan dana akan dihantar kepada pemegang unit mulai pertengahan Ogos.

Bagi pemegang unit yang melanggan ASD melalui Skim Pelaburan Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), agihan pendapatan akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun KWSP mereka.

ASD sesuai untuk pelabur yang mahukan pelan kewangan bagi menyediakan keperluan kewangan masa depan bagi perbelanjaan pendidikan untuk mereka dan keluarga mereka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia