Bot Karam: Dua Lelaki Dakwa Penumpang Terselamat - Semasa | mStar

Bot Karam: Dua Lelaki Dakwa Penumpang Terselamat

BELAGA: Dua lelaki membuat laporan polis di Kapit dengan mendakwa mereka adalah penumpang dan telah kehilangan barang serta dokumen dalam tragedi bot ekspres 'Kawan Mas' karam di Giam Bungan, Sungai Rajang, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Bakar Sebau berkata polis perlu mengesahkan kesahihan laporan itu sebelum nama kedua-dua mereka dimasukkan ke dalam senarai mangsa terselamat.

"Kami perlu menyiasat kesahihan laporan berkenaan kerana khuatir mungkin ada yang mengambil kesempatan berhubung kejadian ini.

"Jadi setakat ini (malam ini), jumlah mangsa yang selamat ialah 205 orang, dua masih hilang dan satu mayat sudah dijumpai," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penyelamat, di sini Isnin malam.

Mengulas lanjut, Bakar turut memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang membuat laporan palsu mendakwa penumpang dalam kejadian itu.

Beliau berkata tambahan dua buah jentolak milik sebuah syarikat pembalakan akan dibawa esok berdekatan lokasi bot ekspres dalam usaha untuk menarik dan mengapungkan bot itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain