Pengerusi Hindraf Tahu Pelantikan Sebagai Timbalan Menteri Melalui Rakan - Semasa | mStar

Pengerusi Hindraf Tahu Pelantikan Sebagai Timbalan Menteri Melalui Rakan

PUTRAJAYA: Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy berkata beliau hanya tahu mengenai pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas dimaklumkan rakannya.

Beliau yang kini berada di Chennai, India ketika dihubungi Bernama berkata rakan beliau menelefonnya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan barisan Kabinet baharu 2013 hari ini.

"Perkara itu (pelantikan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dimaklumkan oleh rakan saya melalui telefon. Saya kini berada di India, bila kembali nanti saya akan buat sidang media," katanya.

Beliau enggan mengulas berhubung pelantikan itu ketika ini dan sekadar berkata komennya akan dibuat setelah kembali ke tanah air kelak.

Beliau dijangka kembali ke tanah air Sabtu ini.

Waythamoorthy merupakan pemimpin masyarakat India dari badan bukan kerajaan yang pertama dilantik sebagai timbalan menteri.

Pada 18 April lalu, organisasi itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang digelar Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf-BN Untuk Masyarakat India bersama Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan, yang turut disaksikan Najib.

Hindraf diharamkan pada 15 Okt 2008 oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar di bawah pentadbiran Datuk Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan pada masa itu menyifatkan Hindraf sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara serta keharmonian kaum selepas menganjurkan protes besar-besaran di Kuala Lumpur pada 25 Nov 2007 bagi memperjuangkan nasib masyarakat India yang didakwa terpinggir di negara ini.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, kerajaan menarik semula pengharaman tersebut, malah berganding bahu bagi bersama-sama badan bukan kerajaan itu untuk menyelesaikan masalah kaum India.

Pemimpin India yang turut sama dalam Kabinet baharu 2013 ialah Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebagai Menteri Kesihatan; naib presiden Datuk M.Saravanan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan Penyelaras Nasional bagi pergerakan Putera, P. Kamalanathan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran II.

Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang Datuk Dr J. Loga Bala Mohan, yang akan dilantik sebagai Senator, dipilih sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain