suria

Zambry Mahu Menghadap Sultan Perak Mohon Perkenan Barisan Exco

LUMUT: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berharap untuk menghadap Sultan Azlan Shah pada minggu ini bagi memohon perkenan mengenai barisan exco kerajaan negeri.

”Saya sudah pun berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kami sedang membuat semakan akhir terhadap barisan exco bagi memastikan calon-calon berkelayakan.

“Barisan exco itu akan meliputi calon-calon yang berpengalaman dan baru manakala kami juga sedang berusaha untuk memastikan mereka boleh mewakili pelbagai kawasan di negeri yang begitu luas ini,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Mengenai MCA tidak menerima sebarang jawatan kerajaan, Dr Zambry berkata, beliau masih mempertimbangkan Dr Dr Mah Hang Soon kerana mempunyai wakil rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam bahasa Mandarin adalah penting.

“Rundingan berhubung pelantikan masih sedang berjalan dan kami boleh melantiknya kemudian,” katanya.

Dr Mah, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderiang merupakan exco kerajaan negeri sebelum ini dan hanya calon MCA yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain