Lahad Datu: 12 Jun Pendengaran Untuk Batalkan Pernyataan Pembelaan Tian Chua - Semasa | mStar

Lahad Datu: 12 Jun Pendengaran Untuk Batalkan Pernyataan Pembelaan Tian Chua

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin menetapkan 12 Jun untuk mendengar permohonan Umno bagi membatalkan pernyataan pembelaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan dua lagi dalam kes saman berhubung artikel berkaitan pencerobohan di Lahad Datu.

Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Raihanah Ariffin yang mewakili Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh dan peguam S.H Tan mewakili Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang dan dua yang lain.

Bercakap kepada pemberita, Raihanah berkata Umno memfailkan permohonan itu 7 Mei lepas atas alasan pembelaan ketiga-tiga defendan itu bersifat remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah.

Pada 11 April lalu, Ab Rauf memfailkan saman fitnah terhadap Tian Chua, Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel itu Aisha Geoffrey yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com.

Dalam pernyataan tuntutan, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno" yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain-lain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain