Kabinet: MCA, Gerakan Diminta Timbang Semula Keputusan - Semasa | mStar

Kabinet: MCA, Gerakan Diminta Timbang Semula Keputusan

KUALA LUMPUR: MCA dan Gerakan perlu menimbang semula keputusan mereka untuk tidak menganggotai kabinet berikutan prestasi buruk masing-masing pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang baru berakhir.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata dua parti itu yang mewakili masyarakat Cina masih diperlukan dalam kabinet bagi memantapkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Keengganan untuk sertai kabinet dan peletakan jawatan itu bukan satu langkah yang baik pada saat dan ketika BN memerlukan pemantapan dan sokongan daripada semua parti komponen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk kesihatan 'Unequein', di sini Sabtu.

Ahmad berkata MCA dan Gerakan juga perlu memikirkan langkah untuk menarik kembali sokongan masyarakat Cina dan memperbaiki kelemahan parti.

MCA pada Sabtu tetap dengan pendirian parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kabinet selepas hanya menang tujuh daripada 37 kerusi parlimen yang ditandingi.

Gerakan juga mengambil ketetapan itu setelah menang satu kerusi parlimen sahaja kali ini berbanding dua pada pilihan raya 2008.

Produk itu diasaskan oleh penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali Mawi dan isterinya Nora'sikin Rahmat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa