suria

MCA Umum Tanding Di 37 Kerusi Parlimen & 90 Kerusi DUN

KUALA LUMPUR: MCA disahkan bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri.

Pada tahun 2008, MCA diletakkan bertanding di 40 kerusi parlimen dan 90 kerusi dewan undangan negeri.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, 68 daripada 127 calon parti itu akan terdiri daripada muka baru.

Calon paling muda berusia 25 tahun.

Lima orang calon dari kalangan wanita juga terdiri daripada muka baru, katanya lagi.

Beliau juga memberitahu, 19 calon (51.3 peratus) daripada 37 calon untuk kerusi parlimen dan 49 calon dari kalangan 90 calon kerusi negeri merupakan muka baru yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum.

Dr Chua menegaskan, ahli parti yang tidak dicalonkan pada kali ini hendaklah menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan baik sangka.

Beliau juga menegaskan MCA akan menggunakan pendekatan strategi baru dalam menghadapi pilihan raya kali ini termasuklah 'meminjamkan' kerusi yang pernah ditandingi mereka dahulu kepada rakan komponen dalam Barisan untuk memastikan kemenangan BN.

Dr Chua berkata, kerusi yang 'dipinjamkan' itu akan diperolehi semula daripada rakan-rakan komponen BN apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat pada masa hadapan.

Ini termasuklah 'menyerahkan' kerusi parlimen Kuantan kepada Umno dan Kota Laksamana di Melaka kepada PPP.

Artikel Lain