suria

Tian Chua Tidak Dibenarkan Memasuki Sabah

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua Chang didakwa tidak dibenarkan memasuki Sabah pada Ahad.

Sebaik beliau mendarat di Kota Kinabalu pada pukul 11.05 pagi, Jabatan Imigresen Sabah mengarahkannya untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Beberapa laporan mendakwa beliau diberitahu kerajaan Sabah telah mengeluarkan larangan kemasukan terhadapnya.

Selepas itu, beliau meninggalkan Sabah.

Dalam laman Twitternya, Ahli Parlimen Batu itu memberitahu beliau kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Artikel Lain