Bekas Eksekutif Akaun Didakwa Pecah Amanah Lebih RM600,000 - Semasa | mStar

Bekas Eksekutif Akaun Didakwa Pecah Amanah Lebih RM600,000

KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif akaun sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tujuh pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan lebih RM600,000.

Heow Siew Chun, 40, didakwa pecah amanah wang tunai RM644,664.86 milik syarikat pemasangan bumbung, Atapan Ace Sdn Bhd di syarikat itu di Taman Taynton, Cheras di sini antara Disember 2004 dan Disember 2011.

Dia yang kini tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM35,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh bagi kesemua pertuduhan.

Peguam Chong Kak Seng yang mewakili Heow memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya kini tidak bekerja dan mempunyai dua anak.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mei ini untuk sebutan semula kes serta 1 hingga 5 Julai ini untuk bicara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BN Umum Manifesto Sabtu Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain