Kerajaan PAS Kelantan Perlu Beri Kerjasama Demi Kepentingan Rakyat - Mustafa - Semasa | mStar

Kerajaan PAS Kelantan Perlu Beri Kerjasama Demi Kepentingan Rakyat - Mustafa

KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan perlu bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi memastikan Program Perumahan Rakyat (PPR) dapat diwujudkan di negeri itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan negeri perlu bersikap terbuka dalam menerima program pembangunan yang dibawa kerajaan pusat untuk kepentingan rakyat negeri itu.

"Kita tidak mahu kerajaan negeri meletak politik di hadapan, kita mahu kerajaan negeri meletak rakyat di hadapan terutama dalam soal kerjasama dengan kerajaan pusat mengenai PPR ini," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, selepas mengadakan tinjauan mesra di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjung di sini, Sabtu.

Kerajaan Kelantan mendakwa PPR Kota Baharu yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Raja Udang, Wakaf Mek Zainab di sini yang melibatkan pembinaan 1,000 unit rumah samalam, tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa Perdana Menteri telah merasmikan projek perumahan yang tidak sah kerana permohonan pembinaan projek perumahan itu tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Pelaksanaan projek yang diinisiatifkan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu merupakan satu rekod apabila dilaksanakan dalam tempoh 53 hari selepas dijanjikan Perdana Menteri pada 20 Januari lalu.

Ia sekali gus membukitkan kerajaan BN menepati janji yang dibuatnya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain