suria

LTAT Catat Pendapatan Tertinggi

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan pendapatan tidak diaudit lebih tinggi RM907.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012.

Ini merupakan kenaikan 5.5 peratus berbanding dengan RM860 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2011.

Ia juga merupakan pendapatan paling tinggi dicatatkan sejak kewujudan 40 tahun LTAT, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya ahli-ahli yang layak akan mendapat dividen dan bonus berjumlah 16 peratus yang berjumlah sehingga RM759.3 juta, iaitu 1.0 peratus lebih tinggi berbanding 15 peratus yang dikeluarkan sebelum ini.

Pembayaran itu meliputi 7.0 peratus dividen, 1.0 peratus bonus dan 8.0 peratus bonus khas di dalam bentuk saham amanah, yang turut mencerminkan kenaikan 11.6 peratus di dalam pembayaran keseluruhan berbanding RM680.4 juta yang dicatatkan pada 2011. BERNAMA

Artikel Lain