Perkasa WP Persoal Tindakan Nik Aziz Pertahan Amanat Abdul Hadi - Semasa | mStar

Perkasa WP Persoal Tindakan Nik Aziz Pertahan Amanat Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Wilayah Persekutuan (Perkasa WP) mempersoal tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan amanat dikeluarkan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang nyata menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Yang Dipertua Perkasa WP, Sharifuddin Abdul Hamid berkata, lebih memburukkan keadaan Menteri Besar Kelantan itu bertindak mempertahankan amanat yang telah diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2002.

"Nik Aziz sedar ini semua tetapi mengapa beliau seakan-akan tidak mempedulikan apa yang telah berlaku kepada masyarakat akibat amanat itu? Adakah kerana politik beliau tunduk dan cuba `menghalalkan' semua ini.

"Saya mohon Abdul Hadi membetulkan kerosakan yang berlaku kepada umat Islam angkara amanat songsang itu," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Rabu lepas, Nik Aziz meminta Abdul Hadi tidak tunduk dengan desakan pelbagai pihak supaya menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981, sebaliknya meminta Abdul Hadi bertemu serta berhujah dengan pihak yang mahu amanat itu ditarik balik.

Menurut portal Majlis Fatwa Kebangsaan (www.e-fatwa.gov.my), amanat itu telah diharamkan majlis tersebut berdasarkan keputusan pada 24 Julai 2002 dan diwartakan keesokannya.

Portal itu turut menyebut tiga sebab amanat itu diharamkan iaitu bercanggah dari segi ajaran Islam, bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya, dan bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

Baru-baru ini, bekas anggota PAS seumur hidup Zainon Ismail mendedahkan ribuan pengikut PAS masih berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang menganggap orang UMNO kafir.

Sementara itu di BENTONG, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Abdul Hadi perlu membuat penjelasan bagi merungkaikan kekalutan akibat amanat itu.

"Masih ramai anggota PAS berpegang pada amanat itu, Abdul Hadi perlu beri penjelasan lanjut, dia kena cakap, mungkin ramai yang tidak faham dan mungkin salah faham terhadap amanat itu," katanya.

Presiden PAS itu perlulah bertanggungjawab untuk membetulkannya, kata Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hadiah pelajar cemerlang Yayasan Pahang kepada pelajar di Daerah Bentong yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain