Kelindan Lori Didenda RM800, Curi Telefon Pintar - Semasa | mStar

Kelindan Lori Didenda RM800, Curi Telefon Pintar

PETALING JAYA: Seorang kelindan lori pada Jumaat didenda RM800 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri sebuah telefon pintar daripada seorang jurujual, dua minggu lepas.

Majistret K. B. Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammed Shafique, 28, setelah dia mengaku bersalah mencuri telefon pintar berharga RM2,000 itu.

Mohammed Shafique didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Ahmad Danial Abdul Wahab, 27, di depan sebuah bank di USJ 10, Subang Jaya, pada 9.45 malam, pada 14 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat manakala Mohammed Shafique diwakili peguam Datuk Suraj Singh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Kehidupan Orang Asli Terancam

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi