Malaysia Minat Ambil Guru Bahasa Inggeris Dari India - Semasa | mStar

Malaysia Minat Ambil Guru Bahasa Inggeris Dari India

NEW DELHI: Malaysia berminat untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran itu di tanah air, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Salah satu cadangan yang saya telah bawa untuk pertimbangan kepada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh pada pagi tadi ialah untuk kita menerima sejumlah guru-guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk mengajar pelajar-pelajar kita di Malaysia," katanya.

Beliau berkata Manmohan menyambut baik cadangan itu dan akan mengarahkan menteri yang berkenaan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk merealisasikan hasrat itu.

"Ia sebagai menokok tambah usaha-usaha yang kita telahpun jalankan dengan pihak Amerika Syarikat yang telah menghantar sebanyak 75 guru dari sana untuk mengajar Bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita Malaysia selepas mesyuarat dua hala selama 30 minit dengan Manmohan di sini, Khamis.

Ditanya bila penyumberan guru itu akan bermula, Najib berkata :"Kami akan bincangkannya kemudian. Perlu ada perjanjian terlebih dahulu. Kemudian saya perlu rujuk kepada Kementerian Pelajaran dan ia bergantung kepada terma dan syarat, kami akan rumuskannya dan beritahu jumlahnya kemudian."

Turut hadir pada mesyuarat dua hala itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Khas (Infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Tan Seng Sung.

Malaysia mahu kerjasama dengan India bersifat pelbagai dan komprehensif, kata Najib yang berada di New Delhi untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India selama dua hari bermula Khamis.

"Memandangkan bahawa mereka menghantar begitu ramai pelajar-pelajar mereka ke luar negara, ada kemungkinan mereka boleh melihat pada Malaysia sebagai alternatif untuk menghantar pelajar-pelajar mereka.

"Malaysia juga perlu adakan lebih banyak promosi "Pameran Pendidikan" dan sebagainya kerana mereka kurang pengetahuan mengenai kemampuan kita menyediakan pendidikan berkualiti dengan kos yang begitu kompetitif", kata Najib. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mayat Wanita Ditemui Dalam Kereta

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain