Polis Rampas 275 Set Komputer Judi - Semasa | mStar

Polis Rampas 275 Set Komputer Judi

KUANTAN: Polis merampas 275 set komputer bernilai RM550,000 dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian di pusat kafe siber dalam Ops Dadu selama empat hari bermula Khamis lepas di daerah Kuantan, Temerloh dan Bera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasagaran berkata dalam operasi itu, polis turut menahan 105 individu yang terdiri pemilik premis, pengendali perjudian dan pelanggan dan merampas wang tunai berjumlah RM3,743.

Di Kuantan, serbuan dilakukan ke atas 14 kafe siber, lima di Bera dan dua di Temerloh, katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata ada antara premis itu pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.

Katanya, tindakan tegas akan dikenakan dan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti perjudian. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Tumpas Sindiket Curi Telefon Pintar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini