suria

Pengikrar Derma Organ Meningkat 77.7 Peratus Sejak 2010

KUALA LUMPUR: Kesedaran mengenai pendermaan organ di Malaysia telah meningkat dan bertambah baik, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow, ketika melancarkan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Nasional di Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad berkata, kini terdapat 205,478 pengikrar derma di negara ini, 77.7 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2010 sejak kempen kesedaran bermula.

"Walau bagaimanapun, ini adalah hanya 0.73 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Atas sebab ini, kementerian mesti terus memainkan peranan yang aktif dalam kempen," kata Liow.

Sempena sambutan tahun ini, kementerian telah memperkenalkan sistem pendaftaran dalam talian untuk memudahkan ikrar pendermaan organ.

Pendaftaran dalam talian boleh dibuat di www.agiftoflife.gov.my

Artikel Lain