suria

APMM Gagalkan Cubaan Seludup Rokok Kretek Bernilai Hampir RM2 Juta

Beberapa anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memeriksa kotak-kotak berisi rokok kretek yang cuba diseludup semasa kapal yang ditahan itu di bawa ke Pusat Tahanan Vesel, Kemaman, Terengganu. Kira-kira 50,000 karton rokok berkenaan cuba diseludup di sekitar perairan Kuala Pahang, petang Selasa.
 Sehubungan itu seramai 14 suspek warga Indonesia dan enam suspek warga tempatan yang berada di atas kapal itu telah ditahan untuk membantu siasatan.
 -fotoBERNAMA

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok keretek yang dianggar bernilai hampir RM2 juta di perairan Kuantan, petang Selasa.

Dalam kejadian pukul 5.15 petang, 48 batu nautika dari Kuala Pahang itu, APMM turut menahan 14 suspek warga Indonesia dan enam suspek rakyat tempatan, kata Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah Timur Laksamana Maritim Nasir Adam.

Kesemua mereka berada di atas sebuah kapal tangki dan dua bot pancung yang sebelum itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan oleh bot peronda APMM, katanya kepada pemberita, di sini Rabu.

Beliau berkata APMM menemui kira-kira 50,000 karton rokok keretek terbabit ketika memeriksa kapal terbabit.

"Kes itu disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda amaun duti kastam dan tidak lebih daripada dua kali ganda amaun duti kastam atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya," katanya.

Menurutnya, penangkapan itu merupakan tangkapan terbesar APMM Wilayah Maritim Timur dan yang pertama untuk tahun ini. - BERNAMA

Artikel Lain