Kes Culik Nayati Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi - Semasa | mStar

Kes Culik Nayati Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini membenarkan kes tiga lelaki yang didakwa menculik kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM300,000, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne memaklumkan pihaknya telah memperoleh kesemua dokumen yang diperlukan.Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan.

Lee Phak Seng, 19, Chang Tat Siong, 24, dan Foong Khar Fai, 24, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, menculik Nayati di Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Brickfields pada 7.30 pagi, 27 April lepas mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Chang dan Foong diwakili peguam Rejinder Singh manakala Lee diwakili Chong Joo Tian.

Nayati ditemui di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Buloh pada 7.55 pagi, 3 Mei lepas setelah dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont Kiara ketika berjalan kaki ke sekolah itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Koperal Polis Didakwa Terima Rasuah RM2,500

Artikel Berkaitan

Artikel Lain