Pengawal Keselamatan Mati Ditembak, Rakan Menghilangkan Diri - Semasa | mStar

Pengawal Keselamatan Mati Ditembak, Rakan Menghilangkan Diri

IPOH: Seorang pengawal keselamatan ditemui mati di dalam sebuah van yang dalam perjalanan membawa wang tunai ke bandar Taiping manakala rakannya menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata mangsa, Hasnol Hafiz Saad, 28, ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan beberapa kesan tembakan di badan, manakala rakanya Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, gagal ditemui.

"Dalam kejadian pada pukul 3 petang tadi, polis mendapati enam daripada 13 karung wang tunai di dalam van berkenaan yang tidak diketahui jumlahnya turut hilang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Yusof berkata polis sedang mengesan Hafizuddin yang menghilangkan diri dengan membawa selaras senapang.

Kedua-duanya adalah pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Taiping.

Katanya van berkenaan didapati terbabas di bahagian kiri Jalan Tekah-Aulong berhampiran sebuah pasar raya di bandar Taiping. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?