Kualiti Udara Baik Tetapi Belum Stabil - JAS - Semasa | mStar

Kualiti Udara Baik Tetapi Belum Stabil - JAS

KUALA LUMPUR: Status kualiti udara di beberapa kawasan di sebelah utara dan pantai barat Semenanjung Malaysia pada Rabu bertambah baik dengan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata bagaimanapun, kualiti udara itu masih belum stabil kerana cuaca panas berterusan di rantau ini menyebabkan berlakunya kebakaran tempatan dan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia.

Sehingga semalam, bilangan titik panas di Sumatera meningkat secara mendadak kepada 428 berbanding 310 pada hari sebelumnya, kata JAS dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu laporan peta jerebu serantau menunjukkan wujudnya lingkaran jerebu sederhana di pantai timur Sumatera Tengah serta merangkumi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Bacaan IPU di 51 stesen pengawasan kualiti udara JAS pada 11 pagi tadi menunjukkan 17 lokasi berada pada tahap baik, 34 pada tahap sederhana dan tiada lokasi mencatatkan IPU tidak sihat.

Kenyataan itu turut menyebut beberapa kes kebakaran setempat yang berlaku semalam dipercayai berpunca daripada aktiviti pembersihan tanah secara haram. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Khairy Tarik Balik Permohonan Rayuan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain