Rasuah: Pembantu Penguat Kuasa JPJ Dipenjara 12 Bulan - Semasa | mStar

Rasuah: Pembantu Penguat Kuasa JPJ Dipenjara 12 Bulan

KUALA LUMPUR: Pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipenjara 12 bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah berjumlah RM1,000 tahun lepas.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman itu terhadap Norazha Izwan Mohd Aripin, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Ahmad Zamzani menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak mulai hari ini, dan sekiranya gagal menjelaskan denda terbabit dia dikenakan penjara tambahan selama enam bulan.

Ahmad Zamzani dalam penghakimannya berkata: "Mahkamah mendapati keterangan tertuduh hanyalah penafian semata-mata yang tidak disokong oleh bukti-bukti lain dan bersifat after thought." Bagi pertuduhan pertama, Norazha Izwan didakwa meminta suapan RM1,000 daripada Ooi Aik Keng untuk dorongan agar tidak mengambil tindakan atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan membuat pengubahsuaian kenderaan, berhampiran BHP Petrol Jalan Kuching, di sini pada 5 petang, 4 Januari 2011.

Bagi pertuduhan kedua, Norazha Izwan didakwa secara rasuah cuba memperoleh suapan RM1,000 daripada Ooi bagi tujuan yang sama di hadapan EON Bank Danau Kota, Setapak pada 8 malam, hari sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan Seksyen 17(a) akta sama yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa dari SPRM Mohd Nur Lokman Samingan dengan mengemukakan sembilan saksi, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.

Mohd Shahrullah Khan memohon mahkamah supaya menangguhkan hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya itu sementara menunggu rayuan.

Ahmad Zamzani membenarkan permohonan itu dan menaikkan jumlah jaminan daripada RM6,000 kepada RM10,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu Mohd Nur Lokman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dan berbentuk pengajaran dengan mengambil kira kepentingan awam, sementara Mohd Shahrullah Khan pula memohon hukuman ringan memandangkan tertuduh baru berkahwin dan isterinya sedang mengandung. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain