suria

Dedah Skandal NFCorp: Rafizi Didakwa Di Bawah Bafia Di Mahkamah

Mohd Rafizi Ramli.
Mohd Rafizi Ramli.
Mohd Rafizi Ramli.

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu kerana mendedahkan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Fidlot Corporation (NFCorp).

Mohd Rafizi didakwa di Mahkamah Shah Alam pada pagi Rabu di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (Bafia).

Terdahulu, beliau ditahan oleh pihak polis di rumahnya pada pagi Rabu.

"Saya telah ditahan di bawah Bafia, kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan discharge (didakwa) di mahkamah Shah Alam," kata Rafizi menerusi twitter milik beliau.

"Saya akan terus dibawa dan didakwa di mahkamah sesyen Shah Alam, jadi akan didakwa jam 9 pagi," katanya lagi.

Rafizi didakwa mendedahkan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp milik pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit di bawah Baifa.

Hakim Mahkamah Sesyen, Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR, sebagai penjamin.

Mohd Rafizi diwakili peguam, N. Surendran.

Artikel Lain