Wanita BN Tidak Akan Pecah Belah - Semasa | mStar

Wanita BN Tidak Akan Pecah Belah

JOHOR BAHARU: Wanita Barisan Nasional (BN) berjanji tidak akan berpecah belah dan akan terus bekerja keras dalam memastikan kemenangan parti pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu kini sudah melalui proses transformasi yang akan terus bersatu menjadi benteng terkuat bagi parti.

"Golongan wanita merupakan orang yang paling takut sekiranya berlaku sesuatu perkara buruk kepada negara. Sehubungan itu, Wanita akan turun ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membanting tulang," katanya berucap pada majlis perasmian program Jelajah Sayang Wanita 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di sini, Sabtu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu, Shahrizat turut meminta semua pihak supaya tidak mempersoalkan ketaatan Wanita kepada parti.

"Jangan sesekali juga meminggirkan Wanita menjelang pilihan raya ini kerana Wanitalah yang ke hulu hilir, duduk di bawah pokok dalam membantu kelancaran pilihan raya," katanya.

Mengenai program Jelajah Sayang Wanita 1Malaysia itu, Shahrizat berkata ia merupakan satu lagi produk di bawah program yang dijalankan Wanita BN secara bersama.

"Kita sudah ada Skuad Sayang dan Salam Sayang. Kali ini kita bersama turun dari DUN ke DUN dan jumpa pengundi fokus. Kita akan bertanya khabar, bertanya masalah yang dihadapi dan kita akan bantu sebaik-baiknya dan mengajukan kepada agensi kerajaan bagi membolehkan kehidupan mereka yang terlibat bertambah selesa," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain