Pertukaran Pengerusi MIC Perak Bawa Kebaikan Kepada Parti - Veerasingam - Semasa | mStar

Pertukaran Pengerusi MIC Perak Bawa Kebaikan Kepada Parti - Veerasingam

IPOH: Datuk S Veerasingam percaya tindakan Presiden MIC Datuk G Palanivel mengambil alih jawatan pengerusi MIC Perak yang disandangnya adalah keputusan yang akan memberi kebaikan kepada parti dan Barisan Nasional (BN).

Veerasingam berkata pertukaran itu adalah proses biasa dalam sebuah parti.

"Kalau kita lihat di Perak.. MCA, pengerusi perhubungannya adalah presiden, PPP pun dia punya presiden maka kena pada tempat presiden MIC pun jadi pengerusi perhubungan Perak," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Veerasingam diminta mengulas pengumuman Palanivel hari ini bahawa beliau mengambil alih jawatan pengerusi MIC Perak berkuat kuasa serta-merta bertujuan memperkukuhkan lagi kedudukan parti itu di negeri ini.

Veerasingam berkata dengan pengaruh Palanivel sebagai presiden parti, ia akan memperkukuhkan lagi kedudukan parti itu di negeri ini.

"Saya akan memberi komitmen sepenuhnya kepada parti. Paling penting saya sayang kepada parti. Saya akan sentiasa membantu MIC dan BN," katanya sambil menjelaskan beliau dimaklumkan berhubung perkara itu pagi ini.

Beliau turut menasihati anggota parti supaya memberi sokongan kepada Palanivel untuk menerajui MIC Perak.

"Apa yang penting MIC dan BN. Siapa yang jadi pengerusi tak penting. Di sini presiden sendiri jadi pengerusi...dia tidak lantik orang lain dan tinggalkan saya," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata BN negeri menerima keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan MIC.

"Ini proses yang ditetapkan oleh MIC. Maka kita terimalah," katanya yang juga Pengerusi BN negeri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain