Pengurus Akaun Hotel Hadapi 11 Tuduhan Pecah Amanah - Semasa | mStar

Pengurus Akaun Hotel Hadapi 11 Tuduhan Pecah Amanah

IPOH: Seorang pengurus akaun sebuah hotel dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas 11 pertuduhan pecah amanah membabitkan keseluruhan kutipan wang tunai harian berjumlah RM146,350.93 pada Oktober hingga Disember lepas.

Lee Ching Hoong, 52, yang merupakan pengurus akaun Hotel Heritage di sini mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed.

Tertuduh didakwa melakukan 11 kesalahan pecah amanah terhadap harta syarikat iaitu kutipan wang tunai harian masing-masing berjumlah RM4,907.30; RM8,537.10; RM21,222.13; RM8,682.70; RM12,742.22; RM10,411.40; RM17,856.60; RM16,595.48; RM11,619.66; RM18,945.84 dan RM14,830.50.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hotel Heritage antara 4 Okt 2011 dan 5 Dis 2011.

Lee didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta menetapkan 9 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hirzan Mahamad Akhir manakala tertuduh diwakili peguam Nahtan Krishnan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain