Mayat Ditemui Terapung Di Sungai Linggi - Semasa | mStar

Mayat Ditemui Terapung Di Sungai Linggi

SEREMBAN: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Linggi berdekatan kawasan mengorek pasir di Taman Angsa Mas, Mambau di sini Khamis.

Mayat yang tidak mempunyai sebarang identiti itu ditemui kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Menurut seorang pekerja di kawasan mengorek pasir itu Cho Hai, mayat itu disedari oleh rakannya yang sedang memberi ikan makan di kolam berdekatan.

"Pada mulanya kami ingat benda itu bangkai anjing kerana sebelum ini beberapa ekor anjing ditemui mati di sungai ini. Tapi kemudiannya kami lihat benda itu ada tangan dan kaki seperti manusia.

"Kami lalu menelefon pihak polis," katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan penemuan mayat tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

MAS Tawar Menu Istimewa Bagi Krismas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?