suria

Pengusaha Kolam Ikan Ditemui Mati Di Tepi Kolam

SEREMBAN: Seorang pengusaha kolam ikan ditemui mati setelah van yang dipandunya terbabas dan terbalik di tepi sebuah kolam ikan di Kampung Wong Seng Chow, Sikamat di sini, malam tadi.

Jurucakap polis berkata mangsa, Lau Kim Yew, 49, dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya memandu seorang diri selepas selesai bekerja di kolamnya apabila kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 8.30 malam.

Lau dari Rumah Rakyat Jalan Jelebu dekat sini yang cedera di kepala dan badan, mati ditempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

SPRM Memang Sedang Siasat NFC

Artikel Berikut

14 Warga Asing Ditahan

Artikel Lain